Monday, April 13, 2009

JAWAPAN DARIPADA PRESIDEN MPP

Terima kasih kepada pelajar yang menghantar kertas cadangan kepada pihak MPP. Disini saya selaku Presiden MPP ingin menjawab segala pertanyaan yang telah diutarakan. Diharap segala keterangan dibawah dapat menjawab segala persoalan yang telah diutarakan sebelum ini.


Soalan pertama: MPP tidak lagi digelar orang tengah dan sentiasa dibawah kawalan pihak pentadbiran.

Jawapan: Pihak MPP tidak akan sentiasa terikat kepada pihak pentadbiran. Oleh kerana MPP baru diwujudkan di KTA, maka hanya pada waktu tertentu sahaja pihak MPP memerlukan pertolongan dan sokongan daripada pihak pentadbiran. Sebagai sebuah pertubuhan yang baru ditubuhkan, pihak MPP memerlukan nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak yang berpengalaman dalam menguruskan sesebuah organisasi. Dalam hal ini, kami tidak akan sentiasa bergantung kepada pihak pentadbiran semata-mata. Disamping itu, pihak MPP akan berusaha kuat dan tidak akan mengabaikan kebajikan dan kepentingan para mahasiswa dan mahasiswi KTA.


Soalan kedua: MPP mengutip duit yuran tetapi tidak memberitahu sebab dan program yang dilaksanakan. Pembangunan infrastruktur kolej sepatutnya dibuat dengan menggunakan duit pentadbiran kolej dan bukannya menggunakan duit pelajar.

Jawapan: Yuran yang dikutip daripada pelajar hanya akan digunakan untuk pelajar dan bukan untuk pembangunan kolej. Pembangunan infrastuktur kolej hanya akan dilakukan dengan menggunakan duit kolej. Pihak MPP yang bertindak sebagai orang tengah antara pelajar dan pihak pentadbiran KTA akan menghantar kertas cadangan pembangunan kepada pihak kolej untuk mengusahakan dan melaksanakan pembangunan yang sepatutnya. Disini pihak MPP sekali lagi ingin menjelaskan bahawa duit pelajar serta wang sumbangan yang diperolehi hanya akan digunakan untuk pelajar sahaja dan bukan untuk kemudahan pelajar.


Soalan ketiga: Pembayaran pelekat RM 5.00 sebagai pas masuk untuk meletakkan kenderaan masing-masing di dalam kawasan kolej .

Jawapan: Yuran pembayaran RM 5.00 yang dikenakan untuk setiap kenderaan yang memasuki kawasan berpagar sekeliling kolej adalah bukan dibawah kawalan pihak pentadbiran atau pihak MPP. Penguatkuasaan penggunaan pelekat kenderaan bermotor yang telah dikuatkuasakan ini adalah dibawah kuasa dan kawalan Majlis Jawatankuasa Khas kolej SEREMBAN 2. Pihak Majlis Jawatankuasa Khas akan menguatkuasakan sistem pemakaian perletakan kenderaan mulai akhir bulan Mac 2009. Maka pihak MPP hanya berperanan untuk menyampaikan mesej yang diterima ini kepada semua pelajar KTA.


Soalan keempat: Adakah dengan menghadiri kelas malam akan dapat mengubah sikap pelajar dan adakah ajk MPP dapat memastikan suasana pembelajaran akan sentiasa dalam keadaan sunyi.

Jawapan: Sebelum pihak MPP memberikan penjelasan mengenai soalan yang diutarakan, pihak MPP sekali lagi ingin menjelaskan secara ringkas mengenai tujuan kelas malam ini diwujudkan. Tujuan kelas malam ini dianjurkan adalah untuk memastikan semua pelajar dapat belajar dalam situasi pembelajaran yang sesuai. Kelas malam ini juga dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan prestasi CGPA pelajar yang merundum pada semester yang lepas. Semua pelajar KTA sepatutnya menyedari akan hal tersebut dan memastikan hal tersebut tidak akan berulang lagi. Oleh yang demikian, pihak MPP mengambil inisiatif untuk menganjurkan kelas malam yang melibatkan semua pelajar KTA. Pihak MPP akan memastikan kelas malam akan sentiasa aman dan menepati suasana pembelajaran. Untuk memastikan segala yang dirancang bergerak dengan lancar, program kelas malam ini juga akan turut sertai oleh oleh pengelola program. Maka melalui cara ini, diharap semua pelajar dapat memberi kerjasama untuk meningkatkan prestasi pelajar disamping memartabatkan KTA sebagai sebuah kolej yang mantap.


Kelima: Akaun MPP patut dinyatakan kepada para pelajar. Adalah lebih baik melantik seorang badan bebas untuk bertanggungjawab menyemak akaun untuk setiap bulan.

Jawapan: Pihak MPP akan membentangkan kewangan kepada setiap pelajar dengan jelas pada setiap bulan. Melalui kaedah ini, pihak MPP akan sentiasa memastikan tidak wujud sebarang penyelewangan dalam kewangan berlaku. Selain itu, semua duit yang diterima tidak akan dipegang sepenuhnya oleh bendahari MPP tetapi akan disimpan didalam bank dibawah bendahari KTA iaitu Pn.Maslina. Oleh sebab itu,cadangan supaya badan bebas tidak dapat dipertimbangkan kerana setiap perbelanjaan akan disemak oleh PENASIHAT MPP, BENDAHARI KOLEJ dan seterusnya perbelanjaan dan kewangan tersebut akan dibentangkan kepada PARA PELAJAR.

Selamat maju jaya...

Disediakan oleh,
M.PURAVERAJAN A/L MUNIANDY
PRESIDEN MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR KTA

No comments:

Post a Comment